Bertungku
Apa itu Bertungku?
Bertungku antara amalan berpantang yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau tungku besi, tapi kebiasaannya menggunakan batu sungai.
1
Batu Sungai
2
Daun Herba Bertungku
Kenapa batu sungai?
Batu sungai mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat memberi kehangatan berpanjangan apabila dituam pada badan dan panas berkenaan meresap hingga ke dalam tubuh.
Ditambah pula daun herba yang dibalut bersama batu sungai itu, secara tidak langsung kebaikan daun berkenaan meresap ke dalam tubuh.
Tujuan bertungku semasa berpantang adalah untuk melancarkan darah, mengecut dan menaikkan rahim. Pada bahagian perut pula, ia memainkan peranan penting untuk membantu melangsingkan abdomen di samping menurunkan berat badan.
Cara menyediakan tungku
Batu tungku yang hendak digunakan perlu dipanaskan terlebih dahulu untuk tempoh sekurang-kurangnya 10-20 minit.
- Kemudian, batu tungku yang telah dipanaskan perlu dibalut dengan beberapa lapisan kain yang dilapik dengan daun mengkudu.
- Kenapa daun mengkudu? Daun ini dipilih kerana bau wangi yang terhasil semasa bertungku dapat memberikan ketenangan.
- Selain itu, anda juga boleh menggunakan daun sirih, daun kunyit hitam, pandan, lengkuas atau serai wangi.
- Penting untuk memastikan balutan pada batu, diikat dengan rapi pada bahagian hujungnya supaya tidak terburai.
- Bagi ibu bersalin normal, amalan bertungku ini boleh dimulakan seawal hari ke-3 selepas melahirkan anak sehingga hari ke-44. Ia juga boleh diteruskan selepas tempoh itu.
- Untuk wanita yang melalui proses bersalin secara pembedahan caesarean, anda harus bersabar kerana perlu menunggu luka czer sembuh sepenuhnya sebelum menjalani rawatan bertungku ini.
Bahagian perlu bertungku selepas bersalin
Peraturan penting semasa bertungku adalah ia perlu dilakukan ketika ibu sedang berbaring.
Adakah semua bahagian tubuh perlu bertungku? Tidak. Berikut dikongsikan antara kawasan tubuh yang perlu menjalani proses bertungku ini:
Kawasan ini perlu ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar semasa mengandung tetapi ia perlulah dilakukan dengan berhati-hati.
Cara bertungku untuk bahagian ini perlu dibuat daripada bawah perut. Ia dilakukan dengan menolak batu tungku dari bawah ke atas dan mengikut arah jam.
Elakkan daripada meletakkan batu tungku di atas pusat atau perut.
Sekitar buah dada, ketiak juga perlu bertungku.
Bahagian lain yang terlibat adalah dada, ulu hati, ketiak dan belikat.
Tekapkan dengan perlahan-lahan pada bahagian dada supaya darah mengalir dengan baik. Ini untuk membolehkan susu ibu keluar dengan lancar.
Selepas itu, tungku dibawa ke bahagian ulu hati. Bertungku pada kawasan ini dapat membantu mengeluarkan angin di bahagian perut dan ulu hati.
Kemudian beralih pula ke bahagian ketiak kanan serta kiri. Akhir sekali barulah proses bertungku dilakukan di bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.
Pada bahagian tubuh ini, batu tungku diletakkan seperti bantal di bawah leher. Tujuan bertungku pada kawasan ini adalah untuk memulihkan perjalanan darah ke bahagian kepala dan leher.
Selain bahagian tubuh di atas, ibu selepas beranak juga perlu bertungku pada betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki.
Anggaran masa untuk bertungku pada bahagian bawah pinggang ini adalah antara 15-20 minit.
Jika batu tungku yang digunakan bulat atau bujur, terdapat 2 pilihan menungku pada bahagian tapak kaki boleh anda lakukan, iaitu:
- Merapatkan kaki dan kemudian digerakkan ke hadapan dan belakang di atas batu tungku, atau
- Menggolekkan batu tungku ke hadapan dan belakang pada tapak kaki
Biarkan batu tungku pada bahagian ini sehingga sejuk.
© 2024 Movely. All Rights Reserved.