Bertungku

Apa itu Bertungku?

Bertungku antara amalan berpantang yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau tungku besi, tapi kebiasaannya menggunakan batu sungai.

1

Batu Sungai

2

Daun Herba Bertungku

Kenapa batu sungai?

Batu sungai mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat memberi kehangatan berpanjangan apabila dituam pada badan dan panas berkenaan meresap hingga ke dalam tubuh.

Ditambah pula daun herba yang dibalut bersama batu sungai itu, secara tidak langsung kebaikan daun berkenaan meresap ke dalam tubuh. 

Tujuan bertungku semasa berpantang adalah untuk melancarkan darah, mengecut dan menaikkan rahim. Pada bahagian perut pula, ia memainkan peranan penting untuk membantu melangsingkan abdomen di samping menurunkan berat badan.

Cara menyediakan tungku

Batu tungku yang hendak digunakan perlu dipanaskan terlebih dahulu untuk tempoh sekurang-kurangnya 10-20 minit.

Bahagian perlu bertungku selepas bersalin

Peraturan penting semasa bertungku adalah ia perlu dilakukan ketika ibu sedang berbaring.

Adakah semua bahagian tubuh perlu bertungku? Tidak. Berikut dikongsikan antara kawasan tubuh yang perlu menjalani proses bertungku ini:

Kawasan ini perlu ditungku bagi mengecutkan peranakan yang membesar semasa mengandung tetapi ia perlulah dilakukan dengan berhati-hati.

Cara bertungku untuk bahagian ini perlu dibuat daripada bawah perut. Ia dilakukan dengan menolak batu tungku dari bawah ke atas dan mengikut arah jam.

Elakkan daripada meletakkan batu tungku di atas pusat atau perut.

Sekitar buah dada, ketiak juga perlu bertungku.

Bahagian lain yang terlibat adalah dada, ulu hati, ketiak dan belikat.

Tekapkan dengan perlahan-lahan pada bahagian dada supaya darah mengalir dengan baik. Ini untuk membolehkan susu ibu keluar dengan lancar.

Selepas itu, tungku dibawa ke bahagian ulu hati. Bertungku pada kawasan ini dapat membantu mengeluarkan angin di bahagian perut dan ulu hati.

Kemudian beralih pula ke bahagian ketiak kanan serta kiri. Akhir sekali barulah proses bertungku dilakukan di bahagian belikat kanan dan kiri untuk beberapa minit.

Pada bahagian tubuh ini, batu tungku diletakkan seperti bantal di bawah leher. Tujuan bertungku pada kawasan ini adalah untuk memulihkan perjalanan darah ke bahagian kepala dan leher.

Selain bahagian tubuh di atas, ibu selepas beranak juga perlu bertungku pada betis, paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki.

Anggaran masa untuk bertungku pada bahagian bawah pinggang ini adalah antara 15-20 minit.

Jika batu tungku yang digunakan bulat atau bujur, terdapat 2 pilihan menungku pada bahagian tapak kaki boleh anda lakukan, iaitu:

  1. Merapatkan kaki dan kemudian digerakkan ke hadapan dan belakang di atas batu tungku, atau
  2. Menggolekkan batu tungku ke hadapan dan belakang pada tapak kaki

Biarkan batu tungku pada bahagian ini sehingga sejuk.

© 2024 Movely. All Rights Reserved.

Berpantang

Ibu nak bersalin tak lama lagi? Anda wajib ketahui beberapa perkara penting ini!

Berpantang sendiri kini sudah menjadi trend masa kini, tidak kiralah berpantang secara moden mahupun berpantang secara traditional.

Namun tujuan berpantang selepas bersalin hanya lah satu, iaitu memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan sembuh seperti sedia kala.

Berpantang

TEMPOH selepas bersalin bermakna permulaan ibu menjalani amalan berpantang.

Kebiasaannya wanita berpantang perlu mengelakkan pengambilan makanan tertentu atau melakukan perkara yang boleh menjejaskan pemulihan kesihatan mereka selama 44 hari atau 100 hari.

Persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu selepas bersalin semasa berpantang sendiri?

Jom ketahui 4 perkara utama yang tidak boleh ibu abaikan ketika berpantang!

Perkara utama

Tidak dinafikan kebanyakkan ibu muda yang baru melahirkan anak buat pertama kali, adalah bukan sesuatu perkara yang mudah disebabkan kurang pengetahuan dan pengalaman.

Sebab itu, ibu disarankan untuk lebih banyak bertanya kepada pakar sama ada perlu berpantang secara moden ataupun berpantang secara traditional.

Tidak kira lah berpantang secara moden atau trasional, namun ibu perlu tahu beberapa perkara utama yang perlu diberi perhatian semasa berpantang sendiri.

4 perkara utama yang perlu diberi perhatian semasa berpantang sendiri.

#1. Dapatkan rehat yang cukup

Semasa tempoh ini, perkara paling utama yang perlu dibuat adalah lebih banyakan berehat untuk menyegarkan kembali tubuh badan yang penat dan lemah.

Ini kerana , ibu perlu menjaga dan menyusu bayi yang memerlukan 100% perhatian anda, jadi sila dapatkan rehat yang cukup.

Ibu boleh cuba tips ini dengan untuk dapat rehat yang cukup dengan tidur pada waktu yang sama bayi anda tidur.

 

#2. Amalkan diet sihat

pemakanan yang seimbang perlu untuk ibu selepas bersalin untuk mendapatkan Kembali nutrient yang mungkin sudah banyak kehilangan.

Oleh itu, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, serat protein dan lain-lain penting bagi memastikan tubuh badan Kembali sihat dan kuat.

Bagi ibu yang menyusu badan, pastikan anda minum air yang secukupnya untuk menggantikan semula cecair dalam badan.

 

#3. Jangan malas untuk bersenam

Ibu boleh mulakan senaman dengan berjalan atau berjoging dan tidak melakukan senaman yang berintensiti tinggi yang boleh memudaratkan.

Namun begitu, pastikan anda dapatkan nasihat pakar tentang waktu yang sesuai untuk ibu boleh Kembali aktif untuk memastikan tubuh badan kekal cergas dan sihat.

 

#4. Minta bantuan orang lain

Ketika ini lah ibu harus meminta bantuan daripada pakar, keluarga serta rakan untuk membantu sepanjang tempoh berpantang.

Anda mungkin memerlukan sokongan dan bantuan suami untuk melakukan kerja-kerja di rumah seperti memasak, mengemas, dan sebagainya.

 

Biasakan diri dengan perubahan!

Ketika anda sedang menjalani cara berpantang sendiri di rumah, tidak dinafikan mungkin akan berlaku banyak perubahan pada diri anda.

Selain perubahan pada aspek mental, anda juga mungkin akan perasan bahawa perubahan juga berlaku pada aspek fizikal yakni tubuh badan.

Oleh itu, anda perlu biasakan diri dengan perubahan yang biasa terjadi seperti berikut dan amalkan cara berpantang moden atau cara berpantang tradisional:

Pembengkakan buah dada

Untuk pengetahuan anda, payudara wanita akan membengkak dan membesar ekoran penuh dengan susu beberapa hari selepas bersalin.

Ia adalah normal namun akan menyebabkan ketidakselesaan yang boleh dikurangkan dengan tuaman. Jika ia turut melibatkan kerengsaan pada puting, anda mungkin boleh dapatkan krim dari doktor untuk mengurangkan rasa sakit dan ngilu tersebut.

Perubahan dinding pelvik

Kawasan di antara rektum dan faraj (perineum) biasanya akan mengembang dan terkoyak ketika proses melahirkan bayi secara normal.

Bagi memulihkan kembali perubahan pada dinding pelvik ini, terdapat beberapa kaedah yang mungkin boleh anda cuba termasuklah:

– Senaman Kegel

– Duduk di atas bantal

– Tuam kawasan terbabit

Dalam pada itu, sila elakkan sebarang aktiviti lasak seperti mengangkat barangan berat ketika ini untuk elak dinding pelvik menjadi lebih teruk.

Sembelit

Adalah tidak pelik jika wanita hamil lepas bersalin itu mengalami sembelit selepas bersalin, jadi cara berpantang sendiri itu adalah sangat penting.

Antara petua yang mungkin kalian perlu cuba adalah ambil lebih banyak serat dan air untuk merangsang aktiviti usus agar lebih lancar.

Bersangkutan dengan dinding pelvik juga, Kegel adalah senaman terbaik yang boleh membantu menguatkan otot dan usus yang sudah lemah.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap ibu hamil itu perlu untuk amal cara berpantang sendiri selepas bersalin sama ada secara moden atau tradisional.

Ini bertujuan bagi membolehkan tubuh badan wanita itu kembali sihat dan kuat seperti sedia kala semula.

Di samping itu, ia juga merupakan kesempatan waktu untuk si ibu dan si anak mengeratkan hubungan mereka.

Jika wujud sebarang persoalan tentang berpantang selepas bersalin, sila rujuk pakar untuk lebih informasi.